Monday, March 24, 2014

230388 - 230314 (26 tahun oiii!)

Alhamdulillah.. syukur Ya Allah kerana masih diberi nikmat hidup sehingga hari ini, ketika usia menjangkau 26 tahun. Rasa dah tua la jugak kan. Tapi bila dah ada suami, umur tu just nothing. Sbb org xkn tanya lagi, "Bila nak kawin?" Haha

Kalau tahun lepas, pada tarikh ini daku merancang utk bertunang dgn seseorg. Tapi mungkin sebab doa Mak & Abah ketika tunaikan haji di Mekah dulu, semoga aku dapat jodoh yang baik ATAU tiba2 hati ni kata NO! ATAU sbb kehadiran Cik Abe ketika tu (tapi Cik Abe dh lama aku kenal, cuma x rapat). Daku sendiri tak pasti. Tapi aku beranikan diri bagi kata putus & berpisah cara baik. Mak marah sgt waktu tu. Sampai saat aku kenalkan Cik Abe dekat mak, mak diam je. Langsung tak berborak.

Tapi abah ngn kakak ok. Byk jugak cara Cik Abe buat nak amik hati mak. Sampai satu masa, mak ckp "kalau solah tu serius, kawin bulan satu". Cik Abe bkn main happy lg. Haha. Mak pulak yang tkejut bila Cik Abe setuju. Lepas tu sume ok. Post berkenaan merisik, nikah, resepsi dan bertandang akan dtg ye. Ni dah melalut jauh ni. Nak cite pasal besday smlm je pun. haihhh!

Last2, 23 Mac 2013.. sambut dgn Cik Abe di Melaka
Untuk tahun ni, hanya simple celebration je. Sbb ak masih berpantang (Hari ke-7). Kalau anak ibu masih ada, mesti dah 8minggu. Sudah2 la fariha oi, kita ni hanya merancang, Allah adalah sebaik2 perancangan.
No ice, No benda2 sejuk, No udang, sotong, sardin. No sayuran menjalar, timun, taugeh. Ada juice pemberian Mama yg perlu dihabiskan dan Pati Ikan Haruan yg Cik Abe beli sbb Mama suruh. Rasa ok cket better than Chicken Essence! Pasni manjakani menanti + acid folic for future kalau ada rezeki. Jika diizinkan-Nya.

23 Mac 2014; Thank u Abe. Simple cake - Simple celebration
Semalam sempat jugak attend wedding Mai + Nazib. Sanggup balik dr Teluk Intan tu. Ktorg bagi hadiah buku jugak, lebih krg mcm hadiah utk Miza + Din. Dtg lmbt sbb singgah Setia City Mall dulu cari hadiah. Haha. Resit buku boleh simpan untuk kegunaan cukai akan datang. keh3 + dpt pahala berkongsi ilmu.

Wedding Mai + Nazib di Kg Delek Kiri, Klang.. Congratz! Gojes sgt!

Cik Abe jd photographer.. blkg tu ntah rumah sape ntah.. haha

Ok daaaa.. nak prepare minum petang untuk Cik Abe.. Bye!

Friday, March 21, 2014

New life as a Wife...

Kembali dgn post2 baru. New life, New story... hohoho!


Comel tak? hihi
Alhamdulillah, daku selamat dinikahkan dengan cik Abe kita pada 28 Dec 2013 (Sabtu). Nothing special about d date tapi ia sangat memberikan kenangan yang terindah buat kami. hihi

Masing2 punya cite sndri tp bila dah Jodoh, sekuat mana kita menolak pun..ia tetap akan datang pada kita.

Ktorg laki bini takde banyak persamaan. Eh ada persamaan ke? Ntah! Daku pun xpasti. haha. Character masing2 berbeza. Mmg contra. Tapi bila hati dah sayang kan.. Cewahh..

Sebab apa start balik blog ni?

Ini adalah kerana.. daku kebosanan. Haha. Mati kutu kt umah cik abe. Pagi masuk kilang.. Malam masuk kilang. Tak kesian kat anje ke yang oi.. huhu

Actually, daku dpt mc smggu. Plan cuti next week sbb nk abeskan c/f leave. Tapi ditakdirkan bercuti awal seminggu.. Saat2 tgh berkobar2 attend CEP1, tiba2 didatangi berita yang membuatkan moral down seketika. Daku keguguran. Kandungan genap 7minggu. Ibu x sempat g scan lagi, tapi bila scan cuma tinggal kantung. Allahuakbar. Luluh hati ini. Masa terpandang ketulan daging + darah yang banyak keluar sekali, memang panik. Sayu hati ibu bila kenang hari tu, 17 March 2014 (Isnin). Nampak cik Abe kecewa, tapi dia cuba x tunjuk sebab x nak daku terus bersedih.Thanks both Family, kwn2 yang support & especially to cik Abe. Daku cuba kuatkan diri. Xde rezeki ktorg kali ni.

Okay! Xmo sedey2.. Senyum2.. Sengih2.. Peace yo!