Friday, September 12, 2014

Kita cuma merancang



Assalammualaikum..

3bulan dh berlalu rupanya.

  • Period pn dah masuk kali ke-3, lpas ni boleh ber'ttc' lg (padahal sejak 1st period hari tu dah merancang), cuma masih takut, hati sedikit gusar, period jap 28 jap 40 jap 28 balik. 
  • 2nd period dah la time bulan posa. Boleh pulak darah kuar 8hari pastu stop, tp hari ke-16 kuar lg selama 7 hari. (istihadah wei). Total nak ganti balik posa tu aku pn konpius sbnanya berapa. (baru ganti 7hari.. huhu)
  • Kepada kwn2 yg preggy time ni, kalau2 sy kurang bertegur sapa sila maafkan saya. (harap anda memahami). Sy bukan cemburu. Sy cuma rendah diri. Jgn risau, sy sentiasa mendoakan semoga semuanya selamat.
  • Kepada en suami yg disayangi, anje minta maaf sbb masih xdpt kandungkan anak kita dgn sempurna. Terima kasih sgt2 sbb memahami wife u ni & always support me. InsyaAllah ada rezeki untuk kita nanti yang.
  • Skrg perasaan nk g blaja menjahit sgt membuak2, tapi poket xbpe nk tebal plak bulan ni. Nak guna simpanan dlm bsn, no no no. Nak mintak en suami mcm segan pulak. Tggu gaji+bonus+travel claim+fsa claim+duit kutu this month la ye. Semoga dipermudahkan..
Ok bai... adios

Tuesday, June 17, 2014

Rezeki itu Bukan lagi Milik Kami

Assalammualaikum..

Sejak dikhabarkan dgn berita yang kurang enak, ak jadi murung. Nak mkn folic acid pn xde smgt dh. Abe pn mcm pasrah je.

3/6/14
Travel dari  Oasis ke Teluk Intan. Jumpa lg Abe tersayang. Eh bukan bukan bukan. Ada kerja dekat area tu, so stay umah Abe. Sambil menyelam minum air. kihkihkih
Selalu punya risau untuk travel mana2 sejak preggy ni. Setakat ni paling jauh pn p somban je. 90km. Haha.
Tp risau tu kali ni dh mcm hilang. Macam dh dpt rasa, pengakhiran cerita untuk baby yg dikandung ni.
Doc ari tu ckp, selagi baby dlm perut.. selagi tu la tanda2 hamil akan aku rasa. Tapi aku perasan tanda2 tu makin berkurangan walaupun still ada.

4/6/14
Petang tu meredah hujan untuk masuk dalam kilang. Aku ckp dekat diri sndri 'Xyah la nk payung bagai. Hujan bukan lebat mane. Pakai tudung. Pakai safety helmet lagi. Redah je la.'

Ha amekk. Mlm tu dh rasa x sedap badan. Padan muka aku!

5/6/14
Kerja mcm biasa. Tp dh dpt rasa mmg demam. Muka pn sememeh je.
Malam tu memang panas. Abe ckp esok xyah la keja. Aku fikir2 'Esok closing je. Rugi klu cuti.'

6/6/14
Petang tu Abe ajak g klinik. Siap bawak balik Infrared Thermometer dr kilang nk amek suhu badan aku. X abes2 39degree. Mmg kene paksa g klinik.
Klinik yang nk pegi tu, Klinik Farah Diyana tutup pulak. Pegi klinik lain, Klinik Jyothi. Doc pompuan. Alang2 check sekali apa khabar baby di dalam.
Bila scan, kantung masih bulat, cantik. Cuma usia baby baru 6w2d. Aku cerita balik pasal baby ni, pasal baby sblum ni kat doc tu sbb aku pernah dtg klinik ni masa nk confirmkan 1st pregnant dulu.
Doc nasihat, tggu lg seminggu sbb ak xde spotting, bleeding.
Kena caj Rm50 je which is aku rasa agak murah. Scan siap print, ubat demam ngn ubat sapu sbb aku gatal2 satu badan, asyik menggaru je.

7/6/14
Pagi tu Abe ada game Bola Tampar utk family day kilang dia. Disebabkan aku kenal pekerja2 dia, so xde hal la utk aku menyibuk sama.
Pagi tu aku perasan dh ada something yang keluar. Something brownish. Aku just pakai pantyliner & join game dan dinner mlm tu mcm xde ape.

8/6/14
Weekend tu, brownish yang keluar makin byk. seakan-akan darah pn ada smpi aku perlu pakai pad. Takut makin byk die discharge.
Disebabkan Abe keja on Sunday. Aku pegi Pusat Pakar Rajindar Singh sorang2 dengan harapan dia buka on Sunday. Kenapa aku pegi situ? Sebab kat situ ada gynae pompuan even die indian. Tp malangnya die tutup pulak.

Abe plak berjangkit demam aku. Kesian. Dia klu demam, mmg teruk. Kalah aku nye demam.

Fikir punya fikir, aku decide nak pegi esok.

9/6/14
Abe dpt mc, so dia temankan aku.
Bila scan, kantung masih lagi bulat, cantik. Tp xnmpk apa2 dah dalam tu. Aku decide nak buat D&C tanpa fikir kesan dia. Aku cuma fikir, kalau nak biar keluar sndri xtau la smpi bila.

Payment die perlu cash, so Abe g Giant cari atm. Aku plak masuk dlm bilik utk proses sterusnya.
Nurse situ suruh kencing dulu. Tukar baju. Makan antibiotik sbiji. Tunggu doc atas katil.
Doc dtg, die pakai sarung tangan. Aku xtau dia nak buat apa. Sekali dia masukkan jari dia ikut bwh, nk tgk bwh tu dh terbuka ke belum seblum proceed. Ok, yg tu agak sakit. Klu belum, dia akan bg ubat dlu. Tp utk kes aku, die ckp dh ok. So, pindah bilik lain.

Aku rasa mcm lama je tunggu doc tu dtg. Sbb patient ramai kot. Sblum aku pun, ada 2org nk buat D&C ni.
Bila sampai waktu nya, apa yg aku ingt. Die bius kt tgn aku. Die selak baju aku. Lepas tu sedar2 aku dh terbaring kt bilik mula2 td. Camna diorg pindahkan aku ye? Ntah..

Ak x boleh nk bgn. Sgt pening/sakit kepala. Nurse sedar aku dh bgn. Dia suruh aku sambung tdo sampai pukul2. Tp aku xtau pn waktu tu pukul bpe. Aku duk fikir 'Cian laki aku tggu lama kt luar'.
Nurse dtg, tnye aku ok x. Aku rasa pening gila kot. Ak ckp nk g toilet nk muntah. Mmg aku muntah trus. Sbb perut aku kosong kot, xmkn dr pagi. Mlm td plak p gatal minum 100Plus nak kurangkan panas badan aku. Bagus fariha.. Bagusss...

Settle suma, aku keluar nak jumpa Abe. Slmt dia xde. Die ckp, nurse suruh die balik dulu sbb ak still tdo.
Scan lg sekali sebelum balik. Mmg dah kosong. Officially, rahim aku kembali kosong....
Dpt cuti 2mggu, lamanya. Rupa2nya Abe yg mintak lebih. Mula2 dpt smggu je.

10-15/6/14
Maka bermulalah kehidupan berpantang aku. Berpantang la sgt.
Pakai bengkung x sampai sehari.
Pakai stokin 5hari je.
Beli jamu - Jamu Mak Dara Gold. Haishh, terpengaruh dgn iklan & org kedai tu betul!
Baru berapa hari dh start minum ais.
Set date nk berurut, tp xjadi2. Tukang urut buat hal.
& byk lg aktiviti berpantang yg sbnanye bukanlah berpantang sgt pun.

Hari ke-7 darah dah kering.

16/6/14 (Semalam)
Kakak temankan g tempat urut.
Tukang urut sgt kecil molek. Putih. Tp umur dh 42tahun. Nampak aku yg baru 26 ni lg tua pulak. adehh
Mmg aku kene brainwash sbb x pantang betul2.
Dia pnye urut, mmg sakit gile kot. Kalah yg sblum2 ni pnye massage. Abah aku pn kalah wooo. Sampai pagi ni terasa kesakitan, kesengalan badan aku diurut smlm.

Akak tu ckp:
- Pantang makan - jaga makan
- Masa urut bahagian peranakan (sgt sakit ok!), dia pesan No Milo, No Tea, No Necsafe, No krim susu.. Selama ni aku minum milo kosong je kot sbb nk elak minum teh ngn nescafe. Lepas ni minum kopi je la aku.
- Elok pantang 44 hari
- Pantang Gugur lagi bahaya dr pantang bersalin
- Pakai bengkung.
- Pakai stokin
- Dia cerita waktu die berpantang dulu. Arwah bapak dia x bg tdo mengiring. Siap ikat ibu jari kaki dia jgn sampai tdo mengiring.(Effect kt peranakan klu tdo mengiring). Aku dh telan air liur. Aku tdo x hengat dunia!
- Die geleng kepala bila aku ckp aku makan Jamu Mak Dara. Hoho
- Patut urut utk pantang keguguran, 3 hari berturut2.. Utk pantang bersalin, 5/6 hari. (Ak ckp yg dulu, aku urut 2kali, yg kali ni bru sekali). Sekali lg die geleng kepala.
- Letak minyak angin/minyak panas kt kepala sbelum tdo.
- Masa pantang la kita nk jaga balik semua2 ni. Laki sekarang x mcm dulu. Nak sedap je. Bila dh x sedap, dia buat kita mcm sampah
- Dia ade cerita pasal org2 dia urut, (hal2 laki bini). Aku plak yg segan nk dengar.

Ok tu je yg aku ingt setakat ni apa die ckp smlm. Haha.

Hasilnya, hari ni aku pakai stokin, pakai korset g keja. Minum kopi pg td. Mlm td pakai stokin, pakai bengkung sblum tdoo. Elak tdo mengiring. Pakai minyak angin. Sampai bila bertahan, ntah la. hehehe

Lepas raya nnti, kitorg nak g honeymoon kali ke-2. hehe. Skrg berpantang la elok2 yer fariha.





Monday, June 2, 2014

Kami diduga lagi... Hope for a miracle

Assalammualaikum..

Kehadiranmu x di duga syg..

Lepas dr mc yg lepas (17/3), tggu pnye tggu next period tapi x kunjung tiba. Abe ckp 'pregnant la tu'. Agak2 dh lebih sbulan x period jgk, aku buat test upt.. result +ve.. tp dlm hati ckp 'mungkin hormon hcg baby dlu ada lagi kot'. So, tggu la kot2 period dtg nnti ke kn.

26/4/14
Test upt lagi.. masih lg +ve. So maybe btol la preggy. Tp just ktorg je tau. Abe ckp hujung bln 5 bru check kt doc coz bru lagi kan.

10/5/14
Pegi check kt klinik jgk akhirnya. Bini ajak x layan lgsg. G check ni pun sbb member Abe pesan sbb bru mc then preggy kn, better mintak doc ubat kuatkan rahim.
Doc scan then confirmkan mmg preggy. Hampir 5w. Alhamdulillah. Tapi ada cyst (5x5) kot. Doc ckp besar. Tapi b4 ni ktorg dh g jmpe gynae jgk. Tp die ckp tu normal, nnti akan hilang sndri.
Set appointment another 2weeks  (24/5).
Sekejap je jmpe, tapi abes RM235. Xpe, utk baby.

18/5/14
Disebabkan sabtu lpas balik somban. Then g servis kete. Sambil servis, Abe ajak g urut kaki. Mula2 xnk. Tp Abe ckp 'Xpe, Org tu tau u pregnant kan. Pandai la die'. So, urut la smbil dlm hati takut sbnanye. B4 balik meru, g pusing Terminal One. Jalan pnye jalan, rasa sakit kt perut. Abe pesan 'Esok g klinik la. Takut ada apa2 plak.'
So, ajak adik teman g klinik (sebab Abe keje on Sunday). Waktu ni baby dah 6w1d. Scan, sume ok. Siap nampak jantung baby lg. Alhamdulillah. Doc ckp size cyst pn dh kecik, lbih krg (3x3).
Doc bg injection kuatkan rahim kt punggung + Ubat kuatkan rahim.
Next appointment on 31/5, time kandungan 8w.
Kali ni abes RM225. Demi baby, Ibu sanggup byr byk mne pn.

25/5/14
Smggu slps check up. Bosan duk umah, Abe pn xde, Ajak adik ngn kakak g pusing Giant. Jalan x sampai 1jam. Tapi rasa sakit kt perut. Tp x lama, so ingtkan xde ape la kan.

31/5/14
Disebabkan Perak cuti (Sultan mangkat) ari khamis (29/4), Abe balik & cuti sampai Sabtu. So boleh teman bini dia ni check up.
Sambil tggu turn jmpe doc. Ckp kt Abe 'takutla nak scan. takut baby x membesar'. Tapi Abe tenangkan hati ni.
Bila doc scan kt perut, muka doc dah berubah. Tetiba dia ckp 'kulit tebal sgt. Xnmpk'. Abe gelak je. Then die scan ikut bwh. Ingtkan sakit, rupenya x sakit lgsg. Lama doc check. Zoom in zoom out. Dlm hati rasa lain mcm je.

Doc: Ingt x dlu kite scan, nampak jantung?
Aku: Aah. Nampak.
Doc: Tapi td scan, x nampak jantung. Size baby pn x membesar. Kemungkinan baby gugur dlm kandungan.
Aku: (Terdiam)
Abe: Bila gugur tu?
Doc: Mungkin lepas scan hari tu or smggu lepas tu. (Size baby 6w7d spatutnya dh 8w).
Aku: (Rasa nak nangis.)
Doc: Nangis je fariha. U kena lepaskan sume.
Aku: (Mmg otomatik nangis. Doc bg tisu)
Doc: ada kes yang dh 5bulan pregnant then gugur, diorg lagi teruk. Dh bli brg baby lg. U have to go through all this fariha. Mungkin lpas ni kita jmpe every week. I'll give ubat ___ (ape ntah)... bla bla bla bla bla (byk lg die explain)
Abe: Then skrg camne?
Doc: Boleh buat D&C dlu kat mana2, i boleh buat surat sokongan utk u refer kt hospital. Nak buat kat sini pn boleh.
Abe: Berapa u charge?
Doc: Sini 650. So camne?
Abe: U buat surat trus la. Nnti kite tgk camne.
Doc: Ok.. Alamak cop sume xde pulak. Husband i dh bwk. Xpe, kite guna surat dr klinik lain. Oh, slalu kite bg patient smggu sblom dtg check balik & buat D&C.
Aku: (Sambil nangis).. buat apa nk tggu smggu klu tau baby ni dh xde.
Abe: Xpe la. Kite tgk smggu dlu cmne.
Doc: Ok.. kite jmpe lg 8jun nnti.

Aku keluar tanpa ckp ape2 dekat doc. Kecewa sgt.
Utk check up kali ni kene charge RM70.

Aku mmg nangis dan nangis. Slmt ada Abe tolong pujuk, tolong layan bini die ni..

So skrg aku xtau apa yang aku tunggu. Tggu keajaiban? Sgt berharap utk itu. Andai kata mmg btol mc, aku redha.................

Tuesday, April 15, 2014

Next Plan Please..


Hampir genap sebulan selepas keguguran yang lepas. I'm ready to get pregnant again! Gagal sekali tak bermakna gagal selama2nya.

Semakin kerap Google itu ini sejak2 gugur ni.

  1. Tips untuk hamil Cepat.. Yang ni kemungkinan berat badan menjadi masalah aku. Sebab BMI aku dah masuk kategori OVERWEIGHT. Nak tau korang nye BMI berapa? Klik Sini
  2. Punca2 keguguran Klik Sini 
  3. Rumah. Alhamdulillah, dah booking satu rumah dengan design agak moden daripada design rumah2 sekarang yg agak lama (jangan marah). Sebagai aset untuk masa depan. Korang boleh try Mudah.myIpropertyPropertyGuru dan macam2 lagi la.
  4. Kerja kosong Cari Kerja?
  5. Part Time Job Shaklee
  6. Berurut - Disebabkan aku berpantang kat teluk intan, jenuh mencari tempat berurut. Cari kt fb, tanya kawan2 lama, tanya pekerja2 Cik Abe. Last2 berurut dgn makcik sorang ni kat area Kampung Banjar & Akak kat ofis ni (2 kali ok).
Harap2 ada rezeki kami selepas ni. Amin

Doa Mohon Zuriat


P/s: Daku tak pandai susun ayat. hahahaha



Monday, March 24, 2014

230388 - 230314 (26 tahun oiii!)

Alhamdulillah.. syukur Ya Allah kerana masih diberi nikmat hidup sehingga hari ini, ketika usia menjangkau 26 tahun. Rasa dah tua la jugak kan. Tapi bila dah ada suami, umur tu just nothing. Sbb org xkn tanya lagi, "Bila nak kawin?" Haha

Kalau tahun lepas, pada tarikh ini daku merancang utk bertunang dgn seseorg. Tapi mungkin sebab doa Mak & Abah ketika tunaikan haji di Mekah dulu, semoga aku dapat jodoh yang baik ATAU tiba2 hati ni kata NO! ATAU sbb kehadiran Cik Abe ketika tu (tapi Cik Abe dh lama aku kenal, cuma x rapat). Daku sendiri tak pasti. Tapi aku beranikan diri bagi kata putus & berpisah cara baik. Mak marah sgt waktu tu. Sampai saat aku kenalkan Cik Abe dekat mak, mak diam je. Langsung tak berborak.

Tapi abah ngn kakak ok. Byk jugak cara Cik Abe buat nak amik hati mak. Sampai satu masa, mak ckp "kalau solah tu serius, kawin bulan satu". Cik Abe bkn main happy lg. Haha. Mak pulak yang tkejut bila Cik Abe setuju. Lepas tu sume ok. Post berkenaan merisik, nikah, resepsi dan bertandang akan dtg ye. Ni dah melalut jauh ni. Nak cite pasal besday smlm je pun. haihhh!

Last2, 23 Mac 2013.. sambut dgn Cik Abe di Melaka
Untuk tahun ni, hanya simple celebration je. Sbb ak masih berpantang (Hari ke-7). Kalau anak ibu masih ada, mesti dah 8minggu. Sudah2 la fariha oi, kita ni hanya merancang, Allah adalah sebaik2 perancangan.
No ice, No benda2 sejuk, No udang, sotong, sardin. No sayuran menjalar, timun, taugeh. Ada juice pemberian Mama yg perlu dihabiskan dan Pati Ikan Haruan yg Cik Abe beli sbb Mama suruh. Rasa ok cket better than Chicken Essence! Pasni manjakani menanti + acid folic for future kalau ada rezeki. Jika diizinkan-Nya.

23 Mac 2014; Thank u Abe. Simple cake - Simple celebration
Semalam sempat jugak attend wedding Mai + Nazib. Sanggup balik dr Teluk Intan tu. Ktorg bagi hadiah buku jugak, lebih krg mcm hadiah utk Miza + Din. Dtg lmbt sbb singgah Setia City Mall dulu cari hadiah. Haha. Resit buku boleh simpan untuk kegunaan cukai akan datang. keh3 + dpt pahala berkongsi ilmu.

Wedding Mai + Nazib di Kg Delek Kiri, Klang.. Congratz! Gojes sgt!

Cik Abe jd photographer.. blkg tu ntah rumah sape ntah.. haha

Ok daaaa.. nak prepare minum petang untuk Cik Abe.. Bye!

Friday, March 21, 2014

New life as a Wife...

Kembali dgn post2 baru. New life, New story... hohoho!


Comel tak? hihi
Alhamdulillah, daku selamat dinikahkan dengan cik Abe kita pada 28 Dec 2013 (Sabtu). Nothing special about d date tapi ia sangat memberikan kenangan yang terindah buat kami. hihi

Masing2 punya cite sndri tp bila dah Jodoh, sekuat mana kita menolak pun..ia tetap akan datang pada kita.

Ktorg laki bini takde banyak persamaan. Eh ada persamaan ke? Ntah! Daku pun xpasti. haha. Character masing2 berbeza. Mmg contra. Tapi bila hati dah sayang kan.. Cewahh..

Sebab apa start balik blog ni?

Ini adalah kerana.. daku kebosanan. Haha. Mati kutu kt umah cik abe. Pagi masuk kilang.. Malam masuk kilang. Tak kesian kat anje ke yang oi.. huhu

Actually, daku dpt mc smggu. Plan cuti next week sbb nk abeskan c/f leave. Tapi ditakdirkan bercuti awal seminggu.. Saat2 tgh berkobar2 attend CEP1, tiba2 didatangi berita yang membuatkan moral down seketika. Daku keguguran. Kandungan genap 7minggu. Ibu x sempat g scan lagi, tapi bila scan cuma tinggal kantung. Allahuakbar. Luluh hati ini. Masa terpandang ketulan daging + darah yang banyak keluar sekali, memang panik. Sayu hati ibu bila kenang hari tu, 17 March 2014 (Isnin). Nampak cik Abe kecewa, tapi dia cuba x tunjuk sebab x nak daku terus bersedih.Thanks both Family, kwn2 yang support & especially to cik Abe. Daku cuba kuatkan diri. Xde rezeki ktorg kali ni.

Okay! Xmo sedey2.. Senyum2.. Sengih2.. Peace yo!