Monday, March 24, 2014

230388 - 230314 (26 tahun oiii!)

Alhamdulillah.. syukur Ya Allah kerana masih diberi nikmat hidup sehingga hari ini, ketika usia menjangkau 26 tahun. Rasa dah tua la jugak kan. Tapi bila dah ada suami, umur tu just nothing. Sbb org xkn tanya lagi, "Bila nak kawin?" Haha

Kalau tahun lepas, pada tarikh ini daku merancang utk bertunang dgn seseorg. Tapi mungkin sebab doa Mak & Abah ketika tunaikan haji di Mekah dulu, semoga aku dapat jodoh yang baik ATAU tiba2 hati ni kata NO! ATAU sbb kehadiran Cik Abe ketika tu (tapi Cik Abe dh lama aku kenal, cuma x rapat). Daku sendiri tak pasti. Tapi aku beranikan diri bagi kata putus & berpisah cara baik. Mak marah sgt waktu tu. Sampai saat aku kenalkan Cik Abe dekat mak, mak diam je. Langsung tak berborak.

Tapi abah ngn kakak ok. Byk jugak cara Cik Abe buat nak amik hati mak. Sampai satu masa, mak ckp "kalau solah tu serius, kawin bulan satu". Cik Abe bkn main happy lg. Haha. Mak pulak yang tkejut bila Cik Abe setuju. Lepas tu sume ok. Post berkenaan merisik, nikah, resepsi dan bertandang akan dtg ye. Ni dah melalut jauh ni. Nak cite pasal besday smlm je pun. haihhh!

Last2, 23 Mac 2013.. sambut dgn Cik Abe di Melaka
Untuk tahun ni, hanya simple celebration je. Sbb ak masih berpantang (Hari ke-7). Kalau anak ibu masih ada, mesti dah 8minggu. Sudah2 la fariha oi, kita ni hanya merancang, Allah adalah sebaik2 perancangan.
No ice, No benda2 sejuk, No udang, sotong, sardin. No sayuran menjalar, timun, taugeh. Ada juice pemberian Mama yg perlu dihabiskan dan Pati Ikan Haruan yg Cik Abe beli sbb Mama suruh. Rasa ok cket better than Chicken Essence! Pasni manjakani menanti + acid folic for future kalau ada rezeki. Jika diizinkan-Nya.

23 Mac 2014; Thank u Abe. Simple cake - Simple celebration
Semalam sempat jugak attend wedding Mai + Nazib. Sanggup balik dr Teluk Intan tu. Ktorg bagi hadiah buku jugak, lebih krg mcm hadiah utk Miza + Din. Dtg lmbt sbb singgah Setia City Mall dulu cari hadiah. Haha. Resit buku boleh simpan untuk kegunaan cukai akan datang. keh3 + dpt pahala berkongsi ilmu.

Wedding Mai + Nazib di Kg Delek Kiri, Klang.. Congratz! Gojes sgt!

Cik Abe jd photographer.. blkg tu ntah rumah sape ntah.. haha

Ok daaaa.. nak prepare minum petang untuk Cik Abe.. Bye!

No comments:

Post a Comment